Renungi pesanan terakhir Rasulullah SAW dan merupakan ayat Al-Quran yang terakhir diturunkan. Selepas turun ayat ini Rasulullah SAW hidup selama 9 malam, kemudian pada malam Isnin Rabiul Awal wafatlah Rasulullah SAW.
"Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)." Surah Al- Baqarah : 281
Thursday, August 7, 2014
Sunday, August 3, 2014
SALAM SYAWAL
Masih belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" Maaf Zahir dan Batin...kepada semua muslimin dan muslimat.
Monday, June 30, 2014
Tuesday, June 24, 2014
PERKHIDMATAN ORANG KURANG UPAYA
PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA
Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.
OBJEKTIF
- Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan dan perkhidmatan.
- Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
- Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.
DEFINISI OKU
- Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008
'Orang Kurang Upaya' termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
KATEGORI OKU
1. PENDENGARAN
Kurang Upaya Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantu pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantu pendengaran. Kurang Upaya pendengaran boleh dibahagi kepada empat tahap, iaitu :
Minimum 15 - < 30dB (kanak-kanak)
20 - < 30 dB (orang dewasa)
Sederhana 30 - < 60 dB
Teruk (severe) 60 - < 90dB
Sangat Teruk (profound) >_90dB
2. PENGLIHATAN
Kurang Upaya Penglihatan bermaksud buta kedua-dua belah mata ATAU buta di sebelah mata ATAU penglihatan terhad di kedua-dua belah mata ATAU lain lain gangguan penglihatan kekal.
Kurang upaya penglihatan boleh dibahagi kepada :
Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 Darjah dari fixation.
**kurang daripada 3/60 ialah Counting Fingers (CF), Hand Movement (HM), Perception of Light (PL) dan No-Perception Light (NPL).
Lain-lain gangguan penglihatan kekal
(hanya boleh disahkan oleh Pakar Oftalmologi)
3. PERTUTURAN
Kurang Upaya Pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.
4. FIZIKAL
Kurang Upaya Fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh kehilangan ATAU ketiadaan ATAU ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya.
Aktiviti asas yang dimaksudkan ialah seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau penyakit pada mana-mana sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain yang menyebabkan ketidakfungsian.
Contoh penyebab ketidakupayaan ini adalah:
a) Limb defects (congenital/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan
b) Spinal Cord Injury
c) Stroke
d) Traumatic Brain Injury
e) Kerdil (Achondroplasia) iaitu < 142cm bagi lelaki dan <138cm bagi wanita
f) Cerebral Palsy
Nota : Individu yang mengalami keadaan kekurangan (impairment) tanpa menjejaskan fungsi, contohnya kehilangan jari, mempunyai lebih jari (polydactyly) dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran.
5. MASALAH PEMBELAJARAN
Masalah Pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autisme (autistic spectrum disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia).
6. MENTAL
Kurang Upaya Mental merujuk kepada keadaan penyakit mental yang teruk menyebabkan seseorang itu tidak berupaya berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat.
Diantara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan other Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persistent Disorders.
Nota :
a) Klien mestilah telah menjalani rawatan psikiatri sekurang-kurangnya dua tahun.
b) Pakar Psikiatri akan menentukan tahap kefungsian sosial, kognitif dan kawalan tingkah laku pesakit terjejas dengan ketara atau teruk sebelum beliau dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU.
7. PELBAGAI (Multiple Disabilities)
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori 1 hingga 6.
Sunday, June 22, 2014
PERKHIDMATAN KANAK-KANAK
Perkhidmatan kanak-kanak menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada kanak-kanak daripada semua bahaya termasuk jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksplotasi. Di samping itu penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan sebagai generasi dan pemimpin masa hadapan.
Objektif
Memastikan khidmat pemeliharaan, perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak disediakan dengan cekap dan berkesan.
Definisi Kanak-kanak
- • Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang memerlukan jagaan, pemeliharaan, perlindungan dan pemuliharaan mengikut takrifan Akta Kanak-kanak 2001.
Komitmen Antarabangsa
- The Convention On The Rights Of The Child (CRC) 1994 - ditandatangani pada 28 Disember 1994.
- Bali Consensus On Partnerships With And For Children In The East Asia And Pacific Region (2005).
Akta-akta Berkaitan Kanak-kanak
- Akta Kanak-kanak 2001
- Kanun Acara Jenayah (Sek 173A, 293 & 294)
- Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
- Akta Pengangkatan 1952
- Akta Keganasan Rumahtangga 1994
- Akta TASKA (Pindaan) 2007
- Akta Pusat Jagaan (Pindaan) 2007
- Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007
Peraturan-peraturan Berkaitan Kanak-kanak
- Akta Kanak-kanak 2001 - Peraturan-peraturan Kanak-kanak (Tempat Selamat) 2007
- Akta Mahkamah Juvana 1947 - Peraturan-peraturan Asrama Akhlak 1982
- Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 - Kaedah-kaedah Perlindungan Wanita dan Gadis (Tempat Perlindungan) 1982
- Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 - Peraturan-peraturan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (Prosedur & Amalan) 1995
- Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kebajikan Juvana (Perlindungan dan Kewajipan 1976)
- Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 - Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak Komuniti 2007
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat
Tuesday, June 3, 2014
Tuesday, May 27, 2014
BULETIN PKMD FEBRUARI 2014
PERLAWANAN BOWLING DIANTARA PKMD KUALA SELANGOR DAN PKMD SABAK BERNAM DI 1 PLAZA KUALA SELANGOR PADA 28 FEBRUARI 2014
Thursday, May 22, 2014
PELEKAT KERETA OKU
Kemudahan Standard Hanya Dikeluarkan JPJ
Mulai bulan ini, semua orang kelainan upaya (OKU) fizikal yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memiliki Kad OKU boleh mendapatkan pelekat kenderaan 'standard' yang hanya dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pelekat berwarna biru dan putih ini berfungsi sebagai pengenalan kepada kenderaan dan memudahkan kepada OKU fizikal mendapatkan tempat meletak kenderaan dikhaskan untuk OKU.
Kementerian sudah mengedarkan 20,000.00 pelekat kenderaan ini di semua Pejabat JPJ seluruh negara untuk diberikan secara percuma kepada OKU fizikal dengan dua syarat iaitu mendaftarkan pengubahsuaian dengan JPJ dan mempunyai Kad OKU.
Sumber : Harian Metro 9 Mei 2014
Mulai bulan ini, semua orang kelainan upaya (OKU) fizikal yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memiliki Kad OKU boleh mendapatkan pelekat kenderaan 'standard' yang hanya dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pelekat berwarna biru dan putih ini berfungsi sebagai pengenalan kepada kenderaan dan memudahkan kepada OKU fizikal mendapatkan tempat meletak kenderaan dikhaskan untuk OKU.
Kementerian sudah mengedarkan 20,000.00 pelekat kenderaan ini di semua Pejabat JPJ seluruh negara untuk diberikan secara percuma kepada OKU fizikal dengan dua syarat iaitu mendaftarkan pengubahsuaian dengan JPJ dan mempunyai Kad OKU.
Sumber : Harian Metro 9 Mei 2014
Monday, May 19, 2014
PERKHIDMATAN BANTUAN KEWANGAN
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian (PKMD/J/B) di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasar kepada kelayakan dan bukan hak.
Tujuan umum bantuan kewangan kebajikan adalah seperti berikut :
1. Penyaraan pendapatan keluarga bagi memenuhi keperluan asas kehidupan.
2. Menggalakkan kumpulan sasar yang masih produktif supaya minat bekerja dan berdikari.
3. Meningkatkan taraf kehidupan kumpulan sasar agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
JKM menyediakan 11 jenis bantuan kewangan :
1. Bantuan Kanak-kanak (BKK)
2. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
3. Bantuan Orang Tua (BOT)
4. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
5. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
6. Bantuan Am (BA)
7. Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
8. Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
9. Bantuan Alat Tiruan / Sokongan (BAT)
10. Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (TSBB).
Kriteria Kelayakan Am Permohonan Bantuan
1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia dan jika Penduduk Tetap (PR) hendaklah bermastautin di Malaysia sebelum tahun 1957.
2. Pendapatan keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM 720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM 830 sebulan bagi Sarawak dan RM 960 sebulan bagi Sabah.
3. Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dengan mengambilkira lain-lain faktor seperti bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarga, sokongan dari ahli keluarga, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga.
Sunday, May 11, 2014
LATAR BELAKANG JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mula wujud pada tahun 1946 dan mengalami beberapa perubahan struktur sejak itu.
Pada 27 Mac
2004, Jabatan ini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Visi : Masyarakat sejahtera dan penyayang.
misi : Membangun masyarakat ke arah kesejahteraan sosial.
moto : Berkat Berjasa.
KUMPULAN SASAR
Kanak-kanak
Orang Kurang Upaya
Warga Emas
Keluarga
Orang Papa
Pertubuhan Sukarela Kebajikan
Mangsa Bencana
Wednesday, May 7, 2014
SEJARAH PKMD KUALA SELANGOR
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuala Selangor telah beroperasi di bangunan lama Majlis Daerah Kuala Selangor melebihi 25 tahun. PKMD Kuala Selangor telah diberikan ruang dengan keluasan 30 x 80 kaki persegi yang menempatkan seramai 8 orang kakitangan meliputi perjawatan Persekutuan dan Negeri :
BIL
|
JAWATAN
|
PERJAWATAN
|
1
|
Pegawai Kebajikan Masyarakat
Daerah
|
1 orang
|
2
|
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat
|
1 orang
|
3
|
Pembantu Kebajikan Masyarakat
|
2 orang
|
4
|
Pembantu Tadbir
|
1 orang
|
5
|
Pembantu Tadbir Rendah
|
1 orang
|
6
|
Pembantu Am Rendah
|
1 orang
|
7
|
Pemandu Kenderaan
|
1 orang
|
Lokasi Pejabat Kebajikan Masyarakat di bangunan lama Majlis Daerah.
Pada penghujung bulan Januari 2010, PKMD Kuala Selangor telah berpindah ke bangunan bekas Rumah Tunas Budi (RTB) yang disumbangkan oleh Amway. Ini adalah hasil dari perbincangan dengan pihak Amway yang mana mereka telah bersetuju untuk menjadikan satu blok bangunan RTB sebagai pejabat. Kini jumlah kakitangan telah menjangkau kepada 37 orang termasuk Pembantu Kebajikan Masyarakat (CARI) dan On Job Training (OJT).
Bangunan Pejabat Kebajikan Masyarakat kini.
Bangunan Pejabat Kebajikan Masyarakat kini.
Sunday, April 20, 2014
Monday, April 14, 2014
Pembukaan Blog baru kami
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam kebajikan....! Semoga kemunculan kami dalam blog ini akan merapatkan lagi hubungan kita semua.. InsyaAllah..!
Subscribe to:
Posts (Atom)