Jabatan Kebajikan Masyarakat sangat menggalakkan ahli masyarakat untuk menjadi Ahli Sukarelawan JKM bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam kerja kemasyarakatan dan memupuk semangat tolong menolong dan budaya ikram sejajar dengan Dasar Kebajikan Masyarakat.
Terma Pemilihan Sukarelawan JKM
1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Keahlian terbuka kepada semua ahli masyarakat yang berminat kepada kerja-kerja kebajikan masyarakat
3. Setiap permohonan hendaklah mengisikan borang ahli yang boleh didapati daripada :
i) Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
ii) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
iii) Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Putrajaya
4. Penyertaan menjadi ahli adalah secara PERCUMA tanpa yuran bulanan / tahunan
5. Kesediaan memberi masa untuk menjalankan kerja sukarela tanpa mengira masa;
6. Keyakinan untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan dengan orang lain dan bersungguh-sungguh untuk membantu dengan keupayaan yang ada;
7. Mempunyai kesediaan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran bertugas; dan
8. Sedia berkhidmat dengan penuh komited, komitmen dan rasa tanggungjawab.
Sebahagian Sukarelawan Daerah Kuala Selangor
PKMD KUALA SELANGOR
Sunday, May 27, 2018
Thursday, May 18, 2017
SALAM 2017 : TAHUN BARU AZAM BARU, SEMANGAT BARU
SALAM KEBAJIKAN
Lama tidak bersiaran, baru muncul di tahun 2017 ini. Maklumlah masing-masing sibuk dengan rutin harian di pejabat. In Shaa Allah akan update aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung. Moga PKMD Kuala Selangor terus cemerlang!

Tuesday, January 20, 2015
PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK DAERAH KUALA SELANGOR
PENGENALAN
Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Daerah Kuala Selangor ini diwujudkan oleh Pasukan Pelindung Kanak-kanak Daerah Kuala Selangor mengikut Peraturan-peraturan Pasukan Pelindung Kanak-kanak (Prosedur dan Amalan) 1995.
PAKK ini terletak di Jalan Daeng Celak (Jalan Klinik) di kawasan perumahan rakyat dan juga kawasan rumah sebuah-sebuah dengan nama perumahan Taman Melawati. Penduduknya terdiri semua peringkat sosial, jawatan dan ekonomi juga terdiri dari pelbagai bangsa. Kawasan perumahan ini juga dikelilingi beberapa kawasan perumahan lain.
Kawasan ini juga berdekatan dengan pejabat kerajaan, klinik dan bandar baru serta bandar lama Kuala Selangor.
OBJEKTIF DAN PERANAN
1. Menyediakan perkhidmatan sokongan, pencegahan dan pemulihan bagi keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan aktiviti positif.
2. Berperanan sebagai tempat perlindungan dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai mengikut oeringkat umur kanak-kanak.
3. Pusat Advokasi untuk mengadakan ceramah/ kursus pendek kepada masyarakat dan ibu bapa.
4. Pusat Pembelajaran untuk kelas tambahan/ kelas komputer. kelas agama.
5. Pusat Intervensi Krisis bagi perkhidmatan kaunseling.
AKTIVITI

- Kelas Tuisyen
- Kelas Komputer
- Kelas Kraf
- Bimbingan dan Kaunseling
- Rekreasi
- Perpustakaan Mini
- Kelas Kebudayaan
- Ceramah & Kuliah
- Aktiviti Wanita
PAKK Daerah Kuala Selangor ini telah dirasmikan pada 7 September 2013 oleh Yang Berhormat Dato’
Haji Irmohizam binti Haji Ibrahim JP. Turut hadir Puan Siti Adibah binti Abdul Rahman; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kanak-kanak (JKMN Selangor) dan En. Khairul Atha bin Annuar; Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor serta Tuan Jakiran bin Jacomah; YB DUN Melawati.
Monday, January 12, 2015
KEMBALI KE SEKOLAH
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dah lama admin tak update berita di blog ni...Macam-macam peristiwa yang telah kita lalui sepanjang tahun 2014...belum terlambat lagi rasanya untuk ucap selamat tahun baru 2015...Diharapkan tahun 2015 ini kita dapat lalui dengan baik dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...dan kita dapat tingkatkan lagi prestasi kerja ke arah mencapai perkhidmatan yang berkualiti demi memenuhi kepuasan pelanggan.
Kepada anak-anak kita yang bersekolah hari ini "Selamat Kembali Ke Sekolah".

Thursday, August 7, 2014
TAZKIRAH JUMAAT
Renungi pesanan terakhir Rasulullah SAW dan merupakan ayat Al-Quran yang terakhir diturunkan. Selepas turun ayat ini Rasulullah SAW hidup selama 9 malam, kemudian pada malam Isnin Rabiul Awal wafatlah Rasulullah SAW.
"Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)." Surah Al- Baqarah : 281

Sunday, August 3, 2014
SALAM SYAWAL
Masih belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" Maaf Zahir dan Batin...kepada semua muslimin dan muslimat.
Monday, June 30, 2014
Subscribe to:
Comments (Atom)