Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Daerah Kuala Selangor ini diwujudkan oleh Pasukan Pelindung Kanak-kanak Daerah Kuala Selangor mengikut Peraturan-peraturan Pasukan Pelindung Kanak-kanak (Prosedur dan Amalan) 1995.
PAKK ini terletak di Jalan Daeng Celak (Jalan Klinik) di kawasan perumahan rakyat dan juga kawasan rumah sebuah-sebuah dengan nama perumahan Taman Melawati. Penduduknya terdiri semua peringkat sosial, jawatan dan ekonomi juga terdiri dari pelbagai bangsa. Kawasan perumahan ini juga dikelilingi beberapa kawasan perumahan lain.
Kawasan ini juga berdekatan dengan pejabat kerajaan, klinik dan bandar baru serta bandar lama Kuala Selangor.
OBJEKTIF DAN PERANAN
1. Menyediakan perkhidmatan sokongan, pencegahan dan pemulihan bagi keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan aktiviti positif.
2. Berperanan sebagai tempat perlindungan dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai mengikut oeringkat umur kanak-kanak.
3. Pusat Advokasi untuk mengadakan ceramah/ kursus pendek kepada masyarakat dan ibu bapa.
4. Pusat Pembelajaran untuk kelas tambahan/ kelas komputer. kelas agama.
5. Pusat Intervensi Krisis bagi perkhidmatan kaunseling.
AKTIVITI
- Kelas Tuisyen
- Kelas Komputer
- Kelas Kraf
- Bimbingan dan Kaunseling
- Rekreasi
- Perpustakaan Mini
- Kelas Kebudayaan
- Ceramah & Kuliah
- Aktiviti Wanita
PAKK Daerah Kuala Selangor ini telah dirasmikan pada 7 September 2013 oleh Yang Berhormat Dato’
Haji Irmohizam binti Haji Ibrahim JP. Turut hadir Puan Siti Adibah binti Abdul Rahman; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kanak-kanak (JKMN Selangor) dan En. Khairul Atha bin Annuar; Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor serta Tuan Jakiran bin Jacomah; YB DUN Melawati.